Saturday, September 12, 2009

CINTA KERANA ALLAH

KETIKA DULU,SERINGKALI AKU DGR UNGKAPAN CINTA KERANA ALLAH. AKU BERPANDANGAN SERONG PADA KATA KATA INI.ENTAH MENGAPA,AKU MASIH BERPANDANGAN CINTA ITU MASIH DILANDASI NAFSU DISAMPING PERASAAN SAYANG DAN CINTA ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.

Juga kadangkala aku berasa jengkel apabila antara lelaki perempuan yang bercinta saling mengejutkan antara satu sama lain untuk bangun qiamullail,juga lelaki yang seringkali memforwardkan ayat ayat cinta berbaur nafsu disamping ayat ayat tazkirah, jadi ia membuatkan si perempuan menafikan rasa serba salah yang ada di dalam hatinya untuk terus bercinta kerana hatinya di kelabui dgn kata kata ingatan kepada Allah.think.

Juga aku memandang serong pada mereka yang sering mengatakan cinta dan kahwin, dan menggunakan ayat dan janji ini untuk terus sentiasa bersama berpacaran,sering memarahi pasangan kerana pergaulan bebas dan mengongkong dari bebas bergaul, tetapi apabila jumpa, tgn dan mata mereka yang paling banyak membuat dosa.Inilah hati manusia yang telah buta.

Cinta kepada Allah........

Seseorang boleh mengkategori kan ayat ini untuk di rujuk pada mana mana keadaan yang disukainya,tetapi bagiku,cinta kepada Allah itu adalah.mungkin, apabila dalam kehidupan ini, seseorang,setiap orang di hati nya ada seseorang atau beberapa orang yang di fikirannya dia mahu hidup bersama, orang orang ini adalah pilihan hatinya, tidak kira mahupun mereka jauh mahupun dekat, mentally or physically,emotionally.

Cinta kerana Allah mungkin apabila seseorang itu dia tidak beroleh peluang untuk hidup bersama orang yang hati dia cintai, dan pada masa yang sama ada orang lain yang masuk ke dalam dunianya.Dan kadang kadang dia bingung keliru apakah hatinya penuh mencintai orang yang baru ini? tetapi bila dia memikirkan bahawa kebaikan dan kabagusan tentang diri orang itu, di mana boleh mendekatkan kepada Allah, maka, bagiku, itulah yang dikatankan Cinta kerana Allah..

maka bagiku, dengan itu, sepenuh hatinya , dipermudahkan Allah, cinta itu telahpun tertanam di hati.